Sunday, June 24, 2012

Manik dan Labuci...

**Teknik sulaman dan seni jahitan dipercayai berasal dari negara Timur dan Timur Tengah.
**Tahun 1964, fosil seorang pemburu sejenis reptilia spesis adik beradik buaya yang dikenali sebagai Cro-Magnon dijumpai di tepi sebuah sungai di Vladimir, Rusia. Apa yang menarik dari pakaian bulu pemburu ini hinggalah ke topi dan boots yang dipakai dipenuhi dengan jahitan sulaman tangan baris-baris manik berwarna ivory dalam bentuk melintang.
**Bermula dari tahun 1200 sehingga 1300, manik-manik mula disulam pada pakaian. Sejak pada tu, dari tahun 1500 dan ke atas, sulaman yang dijahit pada pakaian menjadi semakin menyerlah dan semakin popular.
** Sulaman manik dan labuci boleh didapati pada baju, home furnishing, layered basket dan banyak lagi.
Sebelum nak menjahit manik ni,kita mestilah tahu bahan dan peralatan yang akan digunakan.Di sini Dyna nak kongsi sedikit maklumat tentang bahan dan peralatan ni..
Bahan dan Peralatan untuk Menjahit Manik dan Labuci
1.    MANIK DAN LABUCI

labuci



**Manik ni terdapat dalam pelbagai kualiti dari manik yang mahal hinggalah yang murah.Manik yang mahal tentulah lebih berkualiti serta tahan lama manakala yang murah ni kebiasaanya cepat kusam dan luntur warna serta tidak menyerlah keindahannya.


**Bagaimana kita hendak mengenalpasti kualiti manik? Iaitu dengan cara penelitian terhadap bentuk dan pancaran warna kita boleh bezakannya,samada ianya jenis manik mahal atau murah.

**Manik dan labuci ni dapat terdapat dalam pelbagai warna, bentuk dan saiz kebanyakan  ianya diperbuat daripada plastik.

2.    KAIN / FABRIK
**Kain atau fabrik boleh dibahagikan kepada beberapa jenis seperti
     # chiffon
     # sutera
     # cotton
     # batik
     # viscose
     # satin
** Selain jenis yang disebutkan tadi,terdapat pelbagai lagi jenis fabrik.Yang penting adalah pilihan fabrik ini haruslah dilihat pada ciri-ciri fabrik itu sendiri samada  ia bermutu tinggi, tahan lasak, tidak mudah berbulu, renyuk, pecah, berat atau ringan, tebal atau nipis.

** Perbezaan ciri-ciri fabrik ini akan memudahkan kita menyulam manik dan labuci. Jika  nipis, maka perlunya kain gam sebagai sokongan kepada jahitan dan jika tidak  ia akan merosakkan fabrik nanti. 


3.    JARUM
** Jarum adalah elemen penting  untuk menyulam manik, sebaiknya pilihlah jarum jenis halus supaya jahitan ini kelihatan kemas dan rapi.

** Lubang manik dan labuci seharusnya boleh dilepasi oleh jarum dan jahitan pada kain tidak menampakkan lubang yang besar.
 
** Terdapat pelbagai jenis saiz jarum tetapi untuk menjahit manik ni, jarum yang sesuai digunakan adalah bersaiz 11 dan ianya biasa digunakan oleh penyulam manik.

4.    BENANG
** Benang pula mestila dari  jenis yang berkualiti agar jahitan tidak terputus-putus.
** Benang nylon hanya digunakan pada batu acrylic. Benang jenis ini kuat dan tahan lama dan tidak kelihatan benang pada batu acrylic. Namun, ia akan mudah cair dan terputus apabila terkena haba yang tinggi seperti seterika. Jadi perlu berhati-hati semasa seterika baju yang disulam manik menggunakan benang jenis nylon.

Ini adalah serba sedikit perkongsian ilmu tentang manik dan labuci yang dapat Dyna kongsi untuk semua..Selamat menjahit manik yer..:)
























No comments:

Post a Comment