Sunday, July 22, 2012

ImPianku.....Biar SAmPai Ke BinTang..:)


Biar mimpi mimpi kita
Jejak sampai ke bintang
Walau harus menggapai awan
Menongkah arus ini
Aku tahu bukan mudah
Tapi mimpi ini harus aku
Tiada gunung yang terlalu tinggi
Tiada laut yang terlalu luas
Tuk mereka memisahkan kita
Dari mimpi-mimpi kita ini
Jangan resah ini takdir
Tuhan mendengarnya
Tuk membawa mimpi-mimpi kita
Biar mimpi sampai ke bintang
Kerna kita semua tahu
Kerana ini impian
Setiap satu dari kita
Tiada gunung yang terlalu tinggi
Tiada laut yang terlalu luas
Tuk mereka memisahkan kita
Dari mimpi-mimpi kita ini
Jangan resah ini takdir
Tuhan mendengarnya
Tuk membawa mimpi-mimpi kita
Menuju ke bintang

Monday, July 2, 2012

My Android:)



Android dah dapat..kt cni Dyna boleh buat macm-macam..boleh edit-edit gambar,boleh tengok movie,dengar lagu dan macam-macam lagi la..hope dapatlah bagi manfaat kat Dyna ke depan..thanks to person yang sudi hadiahkan yer:)

Manik Rose Baju Hijau


Alhamdulilah siap juga jahitan manik kat baju ni..baju ni milik kakak Dyna..ok tak?:)

Monday, June 25, 2012


**Cinta Bersatu - Liyana Jasmay**




"Cinta Bersatu" lagu dari penyanyi Liyana Jasmay,penyanyi dan juga pelakon baby face dan  sangat comel..Mula-mula dengar kt radio biase-biase je tapi dah kerap sangat dengar best pulak,sweet lagu ni:)

Actually, Dyna upload vidoe klip  ni sebab  nk tunjuk dressing soft pink  Liyana pakai ni..sweet,cantik dan cute sangat sesuai dengan Liyana..Dress ni kalo di ilhamkan untuk design baju pengantin ok tak?lepas tu ditambah dengan manik bling-bling..lagi cantikkan:)


Sunday, June 24, 2012

Manik dan Labuci...

**Teknik sulaman dan seni jahitan dipercayai berasal dari negara Timur dan Timur Tengah.
**Tahun 1964, fosil seorang pemburu sejenis reptilia spesis adik beradik buaya yang dikenali sebagai Cro-Magnon dijumpai di tepi sebuah sungai di Vladimir, Rusia. Apa yang menarik dari pakaian bulu pemburu ini hinggalah ke topi dan boots yang dipakai dipenuhi dengan jahitan sulaman tangan baris-baris manik berwarna ivory dalam bentuk melintang.
**Bermula dari tahun 1200 sehingga 1300, manik-manik mula disulam pada pakaian. Sejak pada tu, dari tahun 1500 dan ke atas, sulaman yang dijahit pada pakaian menjadi semakin menyerlah dan semakin popular.
** Sulaman manik dan labuci boleh didapati pada baju, home furnishing, layered basket dan banyak lagi.
Sebelum nak menjahit manik ni,kita mestilah tahu bahan dan peralatan yang akan digunakan.Di sini Dyna nak kongsi sedikit maklumat tentang bahan dan peralatan ni..
Bahan dan Peralatan untuk Menjahit Manik dan Labuci
1.    MANIK DAN LABUCI

labuci



**Manik ni terdapat dalam pelbagai kualiti dari manik yang mahal hinggalah yang murah.Manik yang mahal tentulah lebih berkualiti serta tahan lama manakala yang murah ni kebiasaanya cepat kusam dan luntur warna serta tidak menyerlah keindahannya.


**Bagaimana kita hendak mengenalpasti kualiti manik? Iaitu dengan cara penelitian terhadap bentuk dan pancaran warna kita boleh bezakannya,samada ianya jenis manik mahal atau murah.

**Manik dan labuci ni dapat terdapat dalam pelbagai warna, bentuk dan saiz kebanyakan  ianya diperbuat daripada plastik.

2.    KAIN / FABRIK
**Kain atau fabrik boleh dibahagikan kepada beberapa jenis seperti
     # chiffon
     # sutera
     # cotton
     # batik
     # viscose
     # satin
** Selain jenis yang disebutkan tadi,terdapat pelbagai lagi jenis fabrik.Yang penting adalah pilihan fabrik ini haruslah dilihat pada ciri-ciri fabrik itu sendiri samada  ia bermutu tinggi, tahan lasak, tidak mudah berbulu, renyuk, pecah, berat atau ringan, tebal atau nipis.

** Perbezaan ciri-ciri fabrik ini akan memudahkan kita menyulam manik dan labuci. Jika  nipis, maka perlunya kain gam sebagai sokongan kepada jahitan dan jika tidak  ia akan merosakkan fabrik nanti. 


3.    JARUM
** Jarum adalah elemen penting  untuk menyulam manik, sebaiknya pilihlah jarum jenis halus supaya jahitan ini kelihatan kemas dan rapi.

** Lubang manik dan labuci seharusnya boleh dilepasi oleh jarum dan jahitan pada kain tidak menampakkan lubang yang besar.
 
** Terdapat pelbagai jenis saiz jarum tetapi untuk menjahit manik ni, jarum yang sesuai digunakan adalah bersaiz 11 dan ianya biasa digunakan oleh penyulam manik.

4.    BENANG
** Benang pula mestila dari  jenis yang berkualiti agar jahitan tidak terputus-putus.
** Benang nylon hanya digunakan pada batu acrylic. Benang jenis ini kuat dan tahan lama dan tidak kelihatan benang pada batu acrylic. Namun, ia akan mudah cair dan terputus apabila terkena haba yang tinggi seperti seterika. Jadi perlu berhati-hati semasa seterika baju yang disulam manik menggunakan benang jenis nylon.

Ini adalah serba sedikit perkongsian ilmu tentang manik dan labuci yang dapat Dyna kongsi untuk semua..Selamat menjahit manik yer..:)
























Thursday, June 21, 2012

Tazkirah Jumaat...

Tazkirah...



Keutamaan Hari Jumaat & Amalan-Amalan yang Disyari’atkan Padanya:-
Hari Jumaat merupakan hari yang amat istimewa bagi kaum muslimin. Hari Jumaat mempunyai banyak kelebihan dan keutamaan yang disediakan oleh Allah SWT kepada hamba-hambaNya.
KEUTAMAAN HARI JUMAAT
Dari Abu Hurairah radhiyallahu 'anhu bahwa Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam berkata:
"Hari paling baik dimana matahari terbit pada hari itu adalah hari jumaat, pada hari itu Adam diciptakan, dan pada hari itu pula Adam dimasukkan ke dalam syurga, serta diturunkan dari syurga, pada hari itu juga kiamat akan terjadi, pada hari tersebut terdapat suatu waktu dimana tidaklah seorang mukmin solat menghadap Allah mengharapkan kebaikan kecuali Allah akan mengabulkan permintannya."

1. Hari yang paling mulia dan merupakan penghulu dari hari-hari
Dari Abu Lubabah bin Ibnu Mundzir radhiyallahu 'anhu berkata, Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam berkata:
"Hari jumaat adalah penghulu hari-hari dan hari yang paling mulia di sisi Allah, hari jumaat ini lebih mulia dari hari raya Idhul Fitri dan Idul Adha di sisi Allah, pada hari jumaat terdapat lima peristiwa, diciptakannya Adam dan diturunkannya ke bumi, pada hari jumaat juga Adam dimatikan, di hari jumaat terdapat waktu yang mana jika seseorang meminta kepada Allah maka akan dikabulkan selama tidak memohon yang haram, dan di hari jumaat pula akan terjadi kiamat, tidaklah seseorang malaikat yang dekat di sisi Allah, di bumi dan di langit kecuali dia dikasihi pada hari jumaat." (HR. Ahmad)

2. Waktu yang mustajab untuk berdo'a
Dari Abu Hurairah radhiyallahu 'anhu bahwa Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam menyebut hari jumaat lalu beliau Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda,
"Di hari jumaat itu terdapat satu waktu yang jika seseorang muslim melakukan solat di dalamnya dan memohon sesuatu kepada Allah Ta'ala, nescaya permintaannya akan dikabulkan." Lalu beliau memberi isyarat dengan tangannya yang menunjukkan sedikitnya waktu itu. (HR. Bukhari Muslim)
Namun mengenai penentuan waktu, para ulama berselisih pendapat. Di antara pendapat-pendapat tersebut ada 2 pendapat yang paling kuat:

3. Waktu itu dimulai dari duduknya imam sampai pelaksanaan solat jumaat
Dari Abu Burdah bin Abi Musa Al-Asy'ari radhiyallahu 'anhu bahwa 'Abdullah bin 'Umar radhiyallahu 'anhuma berkata padanya, "Apakah engkau telah mendengar ayahmu meriwayatkan hadis dari Rasulullah sehubungan dengan waktu ijaabah pada hari jumaat?" Lalu Abu Burdah mengatakan, "Aku mendengar Rasulullah bersabda, 'Iaitu waktu antara duduknya imam sampai solat dilaksanakan.'" (HR. Muslim)
Imam Nawawi rahimahullah menguatkan pendapat di atas. Sedangkan Imam As-Suyuthi rahimahullah menentukan waktu yang dimaksud adalah ketika solat didirikan.

4. Batas akhir dari waktu tersebut hingga setelah Asar
Dari Jabir bin 'Abdillah radhiyallahu 'anhu, dari Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda, "Hari jumaat itu dua belas jam. Tidak ada seorang muslim pun yang memohon sesuatu kepada Allah dalam waktu tersebut melainkan akan dikabulkan oleh Allah. Maka peganglah erat-erat (ingatlah bahwa) akhir dari waktu tersebut jatuh setelah 'asar." (HR. Abu Dawud)
Dan yang menguatkan pendapat kedua ini adalah Imam Ibnul Qayyim rahimahullah, beliau mengatakan bahwa, "Ini adalah pendapat yang dipegang oleh kebanyakan generasi salaf dan banyak sekali hadis-hadis mengenainya."

5. Dosa-dosanya diampuni antara jumaat tersebut dengan jumaat sebelumnya
Dari Salman Al-Farisi radhiyallahu 'anhu mengatakan bahwa Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda:
"Tidaklah seseorang mandi pada hari jumaat dan bersuci semampunya, berminyak dengan minyak, atau mengoleskan minyak wangi dari rumahnya, kemudian keluar (menuju masjid), dan dia tidak memisahkan dua orang (yang sedang duduk berdampingan), kemudian dia mendirikan solat yang sesuai dengan tuntunannya, lalu diam mendengarkan (dengan saksama) ketika imam berkhutbah melainkan akan diampuni (dosa-dosanya yang terjadi) antara jumaat tersebut dan jumaat berikutnya." (HR. Bukhari)

AMALAN-AMALAN YANG DISYARI'ATKAN PADA HARI JUMAAT :-
1. Membaca surah al-Sajdah dan al-Insan dalam solat subuh.
Dari Abu Hurairah -radhiallahu anhu- dia berkata:
"Nabi shallallahu 'alaihi wasallam dalam shalat subuh membaca: "ALIF LAAM MIIM TANZIIL AS-Sajadah (Surah As-Sajadah), dan 'HAL ATAA 'ALAL INSAANI HIINUM MINAD DAHRI (Surah Al-Insaan)." (Al-Bukhari dan Muslim)

2. Memperbanyakkan selawat
Dari Abu Umamah radhiyallahu 'anhu bahwa Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam berkata,
"Perbanyaklah selawat kepadaku setiap hari jumaat kerana selawatnya umatku akan dipersembahkan untukku pada hari jumaat, maka barangsiapa yang paling banyak berselawat kepadaku, dia akan paling dekat darjatnya denganku." (Baihaqi dengan sanad shahih)

3. Membaca surat Al Kahfi
Dari Abu Sa'id Al-Khudri radhiyallahu 'anhu, Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda: "Barangsiapa membaca surat Al-Kahfi pada hari jumaat akan diberikan cahaya baginya diantara dua jumaat." (HR. Al Hakim dan Baihaqi dishahihkan oleh Syaikh Al-Albani)


4. Memperbanyak do'a (Abu Daud)


5. Amalan-amalan solat jumaat (bagi laki-laki)
Mandi, bersiwak, dan memakai wangi-wangian. - Berpagi-pagi menuju tempat shalat jumaat. - Diam mendengarkan khatib berkhutbah. - Memakai pakaian yang terbaik. - Melakukan solat sunnah selama imam belum naik ke atas mimbar.
Manfaatkan kelebihan hari Jumaat ini dengan amalan-amalan yang dianjurkan oleh Rasulullah saw sebagaimana disebut dalam hadis-hadis di atas. Semoga Allah merahmati dan membimbing kita semua ke jalan yang diredaiNya.
Allah s.w.t berfirman:
Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika kalian mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu". Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
(Al-Imran:31)
Jom amalkan Sunnah-sunnah Nabi Muhammad shallallahu 'alaihi wa sallam! ^_^


Tuesday, June 19, 2012

Assalamualaikum...

Salam Pengenalan....

Firstly syukur Alhamdulilah dapat jugak dyna hasilkan blog ni..walaupon juz simple untuk permulaan ni..sebenarnya Dyna tak tahu nk create ape lagi untuk pengenalan ni tp nk jugak coret untuk semua..hehe..Tujuan blog ni dihasilkan juz nk kongsi dengan semua tentang dunia fesyen,sulaman dan  jahitan terutamanya ilmu jahitan manik sebabnya ni salah satu hobi dyna jgk..Dyna takde la mahir sangat menjahit manik ni tapi bole la nk jahit baju sendiri:)..Kepada yang dah mahir tu jomla kongsi2 ilmu anda disini...Selain tu jgk blog ni Dyna hasilkn nk kongsi2 xtvt Dyna disini..Lastly hope u all enjoy melayari blog "dynaellyzal.blogspot.com"..